Pertandingan Fotografi 2009 & Pertandingan Sayembara Puisi 2009.

Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada 10 keping gambar.
Setiap penyertaan mestilah disertakan sekali dengan negatif filem atau CD bagi gambar yang dihantar.
Tarikh tutup pertandingan
30 November 2009.

Keterangan lanjut sila hubungi : http://jpnin.gov.my/web/guest/home

TAWARAN TERUS PTK (TEMPOH PERALIHAN) SESI DISEMBER 2009

Calon-calon yang berikut

ditawarkan secara terus untuk menduduki semula Peperiksaan PTK (Tempoh Peralihan) sesi Disember pada 5 Disember 2009 (Sabtu) :

i. Calon yang mendapat keputusan keseluruhan pada Aras I & II sesi Oktober 2009;

ii. Calon yang mendapat gred C atau D bagi mana-mana komponen PTK sesi Oktober 2009; dan

iii. Calon yang tidak menghadiri peperiksaan PTK sesi Oktober 2009.

Calon-calon tersebut hendaklah melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia untuk memuat turun tiket peperiksaan masing-masing sekiranya belum menerima tiket peperiksaan sebelum tarikh peperiksaan dijalankan.

Bahagian Pembangunan

dan Penilaian Kompetensi (BPPK),

Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel : 03-8317 9000/9001

Faks : 03-8317 9119/9118/9090

Laman web: http://apps.emoe.gov.my/bppk

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Tel : 03-6136 9663

Faks : 03-6138 9453

Laman web: http://www.mpm.edu.my

Sila muatturun makluman untuk bacaan bersama…

1. NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) ….

2. Konsep 1Malaysia …

http://www.mediafire.com/?sharekey=d76e4e556435f04490a82c7bb0fad7ad4c52e34b4c33df64416b94653a3044fd


Warga SMKSN mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM 2009
kepada semua pelajar SMKSN yang bermula pada hari ini
18 Nov. hingga 15 Dis. 2009.
Kami sentiasa mendoakan kecemerlangan anda.

Karnivalko

SMK Seri Nibong akan menganjurkan Karnival KoKurikulum (Sukan) 2009 pada tarikh dan tempat seperti berikut :-

Tarikh : 12 Nov. 2009 (Khamis)
Masa:  7.30 am.- 1.00 pm.
Tempat: Dataran & Padang Sekolah

ACARA:

* Futsal (L) Ting. 1 – 4
* Bola Keranjang (P) Ting. 2 & 3
* Bola Jaring(P) Ting. 1 & 4  &  Acara Sukan Program RIMUP

Semua pelajar WAJIB hadir bagi memeriahkan aktiviti yang akan dianjurkan.
Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan),
sekolah terlibat bersama dalam memeriahkan karnival ini ialah SMK Sungai Acheh dan SMKA Nibong Tebal.

Dukacita dimaklum bahawa anak kecil perempuan kepada Cikgu Zarinawati Mohd Jamil telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Okt. 12.15am. malam tadi.
Warga SMKSN mengucapkan takziah kepada Cikgu Zarinawati dan keluarga.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Sambutan Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009 akan diadakan bagi meraikan kecemerlangan pelajar sepangjang tahun 2009 ini.  Sehubungan dengan itu, kami warga SMKSN dengan bangganya menjemput semua waris murid SMKSN untuk meraikan majlis ini bersama-sama pada tarikh dan tempat seperti dinyatakan:

Tarikh   :  6 Ogos 2009

Hari         :  Khamis

Masa        : 7.45 pg. – 12.00 Tgh.

Tempat : Dewan Seri Mawar, SMK Seri Nibong

Next Page »