Karnival Pendidikan Sains & Teknologi 2012 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Tarikh : 10 – 12 Julai 2012
Tempat : SMK Seri Nibong
Masa : 8.00 am. -4.30 pm.
Anjuran : Unit Kokurikulum, JPN Pulau Pinang.

Objektif Penganjuran:

a) Mendedahkan pelajar kepada dunia sains dan teknologi

b) Membudayakan aktiviti sains dan teknologi kepada pelajar.

Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2012

Tarikh : 30 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Utama SMK Seri Nibong

Semua pelajar dan waris adalah dijemput untuk meraikan majlis ini.

Program Jaya Waris 1/2012

Pertandingan Forum Remaja Sekolah Menengah Negeri Pulau Pinang 2012

Tahniah kepada semua 9 kelompok sekolah menengah bagi negeri Pulau Pinang yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan peringkat akhir Forum Remaja Sekolah Menengah Negeri Pulau Pinang 2012.
Pertandingan akhir ini telah diadakan pada 18 Jun 2012 di Dewan Utama SMK Seri Nibong.

Pertandingan akhir ini juga telah menobatkan pasukan :-

  • SMK Seri Nibong sebagai Johan
  • SMK Tun Syed Sheh Shahabudin sebagai Naib Johan,
  • Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah tempat Ketiga.

Sumbangan Dana Surau SMKSN

Alhamdulillah… projek pembinaan surau SMKSN telah berjalan lancar sejak dimulakan pada awal September 2011.
Kini 5 Jun 2012, telah berada dalam fasa akhir pembinaan.

Setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang Tabung Dana Surau SMKSN yang telah membantu meralisasikan harapan pelajar dan semua warga SMKSN  .

Walaubagaimanapun, pembinaan projek surau SMKSN ini masih lagi memerlukan dana tambahan untuk menampung perbelanjaan kemasan lantai dan pendawaian elektrik bagi membolehkan surau ini dapat beroperasi sepenuhnya.

Dengan itu, pihak sekolah dan semua jawatankuasa surau SMKSN amatlah berbesar hati kepada mana-mana individu, syarikat persendirian, badan korporat dan organisasi bukan kerajaan lain yang ingin menyumbang kepada kami bagi menyempurnakan projek ini, boleh berhubung terus kepada pihak sekolah atau Bendahari Dana Surau, iaitu Pn. Huzaimah bt. Wasoh di alamat:-
SMK Seri Nibong, Jalan Ooi Kar Seng, 14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.