KEMBALI KE SEKOLAH

Pihak pengurusan SMKSN ingin mengucapkan “Selamat Kembali Ke Sekolah 2008kepada semua pelajar dan staf akademik. Sesi persekolahan 2008 akan bermula pada hari Khamis, 3 Januari. Diharapkan tahun 2008 akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang bagi sekolah ini.

Kepada pelajar-pelajar asrama yang baru (Tingkatan 1), anda diminta hadir semasa sesi pendaftaran pada 2 Januari 2008 mulai jam 9.30 pagi di Asrama Sek. Men. Keb. Seri Nibong.

Juga kepada pelajar-pelajar asrama tingkatan 2, 3,4 dan 5, anda juga diminta bersedia untuk pulang ke asrama pada tarikh yang sama sebelum jam 6 petang.

Selamat Datang dan Terima Kasih

Warga SMKSN ingin mengucapkan Selamat Datang kepada guru-guru yang baru melaporkan diri ke sekolah ini. SMKSN berharap tuan / puan akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan telus dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan demi mencapai misi dan visi sekolah.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada :-

  1. Encik Eshamuddin b. Abd Rahim (PKP)
  2. Cik Sopiah bt. Said (PKHem)
  3. Encik Mezuki b. Abdullah
  4. Encik Johari b. Alias
  5. Puan Puziah bt. Yahya
  6. Puan Maskas bt Wan Abdullah
  7. Puan Zamzarina bt. Osman
  8. Ustaz Zulkifli b. Zainol (ke SMK Sungai Acheh)

kerana telah mendapat kenaikan pangkat / kelulusan bertukar sama ada ke daerah lain ataupun ke negeri lain. Pihak SMKSN juga berharap tuan / puan akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang di persekitaran kerja yang baru. Tahniah kami ucapkan.