Al Fatihah kepada Allahyarhamah Anida Azila bt. Ariffin dari kelas 5 Gemilang.
Warga sekolah mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan aman tenteram di alam sana.
Kepada Nor Faezah bt. Baharuddin dari kelas 5 Dedikasi, semua warga sekolah mendoakan semoga beliau yang kini berada di Hospital Seberang Jaya kerana kecederaan di bahagian kaki agar tabah dan beroleh kesihatan yang baik.
Mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada tengahari Sabtu 16 Februari 2008 di jalan Tasik- Simpang Empat.
Kemalangan itu antara motosikal yang mereka tunggangi dan sebuah lori pasir.
Al-Fatihah buat sahabat dunia dan akhirat.