Semalam, lebih kurang jam 7.00 malam 27/2/2008, Nor Faezah bt. Baharuddin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan semua saudara dan rakan menemui Allah yang Esa. Allahyarhamah bertahan dengan kesakitan yang dialaminya akibat kemalangan jalanraya sejak dua minggu lalu.

Warga sekolah mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan aman tenteram di alam sana.

Jenazah beliau telah selamat disembahyang dan dikebumikan pada jam 11.00 pagi tadi.

Al-Fatihah buat sahabat dunia dan akhirat.