BERITA

Ahad Jun 21, 2009

H1N1: SJKC Jalan Davidson ditutup seminggu

KUALA LUMPUR: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini akan ditutup selama seminggu selepas pelajar tahun lima sekolah itu yang disahkan positif influenza A (H1N1) didapati menyebarkan virus itu kepada dua rakan sekelasnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Majlis Keselamatan Negara bersetuju menutup sekolah itu sehingga 26 Jun ini dan kira-kira 2,100 pelajar serta kakitangan sekolah dikuarantin di rumah.

Ketika mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat bersama pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sini hari ini, Liow berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Majlis Keselamatan Negara bersetuju supaya sekolah tersebut ditutup selama seminggu.
Kementerian akan melihat pelbagai kemungkinan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan virus itu tidak merebak ke sekolah-sekolah lain.

Sumber : http://mstar.com.my

H1N1

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa negara Malaysia adalah selamat untuk dilawati. Dua kes tempatan yang telah dikenalpasti merupakan kontak terdekat kepada kes-kes daripada luar negara.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan.

Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan bagi memantau situasi wabak Selesema A(H1N1). Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 atau email kepada cprc@moh.gov.my