TAWARAN TERUS PTK (TEMPOH PERALIHAN) SESI DISEMBER 2009

Calon-calon yang berikut

ditawarkan secara terus untuk menduduki semula Peperiksaan PTK (Tempoh Peralihan) sesi Disember pada 5 Disember 2009 (Sabtu) :

i. Calon yang mendapat keputusan keseluruhan pada Aras I & II sesi Oktober 2009;

ii. Calon yang mendapat gred C atau D bagi mana-mana komponen PTK sesi Oktober 2009; dan

iii. Calon yang tidak menghadiri peperiksaan PTK sesi Oktober 2009.

Calon-calon tersebut hendaklah melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia untuk memuat turun tiket peperiksaan masing-masing sekiranya belum menerima tiket peperiksaan sebelum tarikh peperiksaan dijalankan.

Bahagian Pembangunan

dan Penilaian Kompetensi (BPPK),

Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel : 03-8317 9000/9001

Faks : 03-8317 9119/9118/9090

Laman web: http://apps.emoe.gov.my/bppk

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Tel : 03-6136 9663

Faks : 03-6138 9453

Laman web: http://www.mpm.edu.my