Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer

9 Julai 2010- Satu majlis penyerahan sumbangan komputer secara rasmi telah diadakan di Pejabat Pengarah, Blok Pentadbiran, USM Transkrian pada jam 10.00 pagi. SMKSN telah menerima sumbangan sebanyak 30 unit komputer terpakai yang masih boleh digunakan dengan baik di peringkat sekolah. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan ini. Langkah ini dapat membantu proses P&P terutama sekali bagi subjek ICTL dan menambahbaik prasarana ICT di sekolah ini.