Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010
akan diumumkan pada 23 Disember (Khamis) ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan pada hari Rabu berkata analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan.

— BERNAMA

Di SMK Seri Nibong, Pengetua akan mengambil keputusan PMR 2010 keseluruhan pelajar dari PPD Selatan dan dijangka keputusan PMR akan disampaikan kepada semua calon selepas jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Seri Mawar sekolah. Seramai 178 calon PMR yang  menduduki peperiksaan itu pada tahun ini.