Dana Surathon

Assalamualaikum /Salam sejahtera…

PIBG dan pengurusan sekolah melalui mesyuarat yang telah diputuskan telah bersetuju untuk membina sebuah surau kekal di kawasan sekolah. Pembinaan surau ini adalah bertujuan memberi kemudahan kepada semua murid dalam menjalani aktiviti sahsiah dengan lebih lancar dan sempurna. Bagi melancarkan pembinaan surau ini, pihak sekolah diberi amanah untuk menjalankan kutipan DANA SURAUTHON melalui guru-guru, waris-waris dan murid-murid sekolah. Dana yang dikumpul adalah dengan cara edaran buku resit dan kad kutipan yang akan membantu kutipan ini berjalan dengan lancar. Kepada semua masyarakat yang perihatin dan telah menyumbang kepada dana ini pihak sekolah mengucapkan jutaan terimakasih.
Kepada yang ingin menyumbang kepada dana ini, sila berhubung terus dengan pihak sekolah melalui Pengetua di talian 04-593 7939.