Program Minggu Bahasa SMK Seri Nibong

TAHNIAH kepada semua guru dan pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam minggu Bahasa SMK Seri Nibong yang telah bermula dari 4 April 2011 hingga 9 April 2011.

Pelbagai acara telah dijalankan selama seminggu, semua panitia seperti panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Cina dan Panitia Bahasa Tamil telah menghantar wakil dalam penyertaan ini.

Penglibatan semua pelajar dalam setiap program yang dirancang selama seminggu ini amat baik. Melalui aktiviti Minggu Bahasa SMK Seri Nibong ini juga, pelbagai bakat dapat dicungkil dan ditonjolkan kepada rakan-rakan lain sebagai peransang aktiviti pembelajaran secara tidak formal boleh berlaku diluar bilik darjah.

Tahap disiplin pelajar yang menyertai pelbagai aktiviti ini juga diharapkan dapat dikekalkan supaya tidak mencuri peluang yang guru berikan sekadar untuk lari keluar dari kelas dan memberi alasan membuat sesi latihan pada masa hadapan.