MAJLIS PENTAULIAHAN GURU-GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM

Satu majlis majlis pentauliahan guru-guru penasihat unit beruniform SMK Seri Nibong akan diadakan pada 20 april 2011 (Rabu) jam 2.00 petang di Dewan Besar SMK Seri Nibong. Majlis akan dirasmi dan disempurnakan pentauliahan oleh Pegawai KRS Daerah, Daerah Seberang Perai Selatan iaitu Kolonel KRS Mohd Ghazali bin Abu Bakar.

Majlis ini sebagai memberi pengiktirafan kepada guru-guru penasihat unit beruniform sekolah.  Selain itu, majlis ini juga diharapkan dapat menanam “Prinsip Kepimpinan Melalui Teladan” kepada guru-guru penasihat, juga merapatkan hubungan antara guru-guru penasihat dan pelajar serta membimbing dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang budaya berorganisasi dalam unit beruniform.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH  – UNIT BERUNIFORM

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform peringkat Daerah PPD Selatan akan diadakan pada 23 April 2011 (Sabtu) jam 8.00 pagi. Pertandingan ini akan berlangsung di padang SMK Agama Nibong Tebal. SMK Seri Nibong menghantar 3 pasukan iaitu dari Unit Uniform KRS Wanita, Kadet Polis Wanita dan PBSM Wanita. Diharapkan semua pasukan ini akan beroleh kejayaan cemerlang dalam pertandingan nanti.