Alhamdulillah…
Tahniah!!

Pasukan Kawad Kaki Puteri Islam telah berjaya menunjukkan bakat dan kerjasama mereka yang cemerlang dan berjaya membawa piala NAIB JOHAN di Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Pertandingan ini telah diadakan pada 30.4.2012 yang lalu di Padang Kawad, Pusat KoKurikulum Bukit Mertajam.

Juga kepada pasukan English Drama sekolah yang telah berjaya menjadi JOHAN peringkat PPD Seberang Perai Selatan. Pertandingan ini telah berlangsung pada 2.5.2012 di SMK Bandar Tasek Mutiara.

Tahniah diatas kerjasama dalam kumpulan , disiplin dan usaha gigih guru penasihat yang membimbing pasukan sekolah.
Syabas dan tahniah diatas kejayaan anda dari semua warga SMK Seri Nibong.
Gandakan usaha anda pada masa hadapan.