Sumbangan Dana Surau SMKSN

Alhamdulillah… projek pembinaan surau SMKSN telah berjalan lancar sejak dimulakan pada awal September 2011.
Kini 5 Jun 2012, telah berada dalam fasa akhir pembinaan.

Setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang Tabung Dana Surau SMKSN yang telah membantu meralisasikan harapan pelajar dan semua warga SMKSN  .

Walaubagaimanapun, pembinaan projek surau SMKSN ini masih lagi memerlukan dana tambahan untuk menampung perbelanjaan kemasan lantai dan pendawaian elektrik bagi membolehkan surau ini dapat beroperasi sepenuhnya.

Dengan itu, pihak sekolah dan semua jawatankuasa surau SMKSN amatlah berbesar hati kepada mana-mana individu, syarikat persendirian, badan korporat dan organisasi bukan kerajaan lain yang ingin menyumbang kepada kami bagi menyempurnakan projek ini, boleh berhubung terus kepada pihak sekolah atau Bendahari Dana Surau, iaitu Pn. Huzaimah bt. Wasoh di alamat:-
SMK Seri Nibong, Jalan Ooi Kar Seng, 14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.