semasa


 

Karnival Pendidikan Sains & Teknologi 2012 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Tarikh : 10 – 12 Julai 2012
Tempat : SMK Seri Nibong
Masa : 8.00 am. -4.30 pm.
Anjuran : Unit Kokurikulum, JPN Pulau Pinang.

Objektif Penganjuran:

a) Mendedahkan pelajar kepada dunia sains dan teknologi

b) Membudayakan aktiviti sains dan teknologi kepada pelajar.

Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2012

Tarikh : 30 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Utama SMK Seri Nibong

Semua pelajar dan waris adalah dijemput untuk meraikan majlis ini.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429

Semoga amalan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

KEMBALI KE SEKOLAH

Pihak pengurusan SMKSN ingin mengucapkan “Selamat Kembali Ke Sekolah 2008kepada semua pelajar dan staf akademik. Sesi persekolahan 2008 akan bermula pada hari Khamis, 3 Januari. Diharapkan tahun 2008 akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang bagi sekolah ini.

Kepada pelajar-pelajar asrama yang baru (Tingkatan 1), anda diminta hadir semasa sesi pendaftaran pada 2 Januari 2008 mulai jam 9.30 pagi di Asrama Sek. Men. Keb. Seri Nibong.

Juga kepada pelajar-pelajar asrama tingkatan 2, 3,4 dan 5, anda juga diminta bersedia untuk pulang ke asrama pada tarikh yang sama sebelum jam 6 petang.

Selamat Datang dan Terima Kasih

Warga SMKSN ingin mengucapkan Selamat Datang kepada guru-guru yang baru melaporkan diri ke sekolah ini. SMKSN berharap tuan / puan akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan telus dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan demi mencapai misi dan visi sekolah.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada :-

  1. Encik Eshamuddin b. Abd Rahim (PKP)
  2. Cik Sopiah bt. Said (PKHem)
  3. Encik Mezuki b. Abdullah
  4. Encik Johari b. Alias
  5. Puan Puziah bt. Yahya
  6. Puan Maskas bt Wan Abdullah
  7. Puan Zamzarina bt. Osman
  8. Ustaz Zulkifli b. Zainol (ke SMK Sungai Acheh)

kerana telah mendapat kenaikan pangkat / kelulusan bertukar sama ada ke daerah lain ataupun ke negeri lain. Pihak SMKSN juga berharap tuan / puan akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang di persekitaran kerja yang baru. Tahniah kami ucapkan.

 

Makluman Tarikh Pendaftaran Sesi 2008

Tahniah kepada 189 murid Tingkatan 1 sesi 2008 yang telah mendaftar.
Semua murid yang telah mendaftar diminta hadir pada 27 Dis. 2007 (Khamis)
untuk sesi penyerahan borang dan suai kenal.