Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

klik SINI untuk makluman dari JPA atau
klik logo untuk pautan pekeliling KPM dan maklumat lanjut…..

Pemakai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

SKPM ini disediakan khusus untuk dilaksanakan di sekolah- sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menyediakan dan melaksanakan program pendidikan dari peringkat prasekolah hinggalah ke Tingkatan 6 sekolah menengah.

Agensi-agensi lain di bawah KPM seperti Jabatan dan Bahagian KPM, JPN, PPB dan PPD boleh menggunakan SKPM ini sebagai panduan ketika melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di sekolah.

SKPM diperihalkan dalam 12 elemen yang perlu berlaku dan diamalkan di sekolah sebagai asas untuk mengupayakan sekolah menghasilkan pendidikan berkualiti tinggi dengan memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu murid.

Elemen-elemen tersebut dikelompokkan ke dalam empat dimensi seperti yang berikut :

DIMENSI I: HALA TUJU KEPIMPINAN

Elemen 1: Visi dan Misi

Elemen 2: Kepimpinan

DIMENSI II: PENGURUSAN ORGANISASI

Elemen 3: Struktur Organisasi

Elemen 4: Perancangan

Elemen 5: Iklim

Elemen 6: Pengurusan dan Pembangunan Sumber

Elemen 7: Pengurusan Maklumat

DIMENSI III: PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN

Elemen 8: Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Elemen 9: Pengajaran dan Pembelajaran

Elemen 10: Pembangunan Sahsiah Murid

Elemen 11: Penilaian Pencapaian Murid

DIMENSI IV: KEMENJADIAN MURID

Elemen 12: Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah.


Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

  • Asas Penentuan Standard Dan Keperluan

Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:

  • Misi Nasional

Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:

  • meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,
  • meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama,
  • menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif,
  • meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan
  • mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

  • Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

  • Tatasusila Profesion Keguruan

Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:

“Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya”;
(i) tanggungjawab terhadap pelajar,
(ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa
(iii) tanggungjawab terhadap negara dan
(iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

  • Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.

Rujukan:  KerangkaSGM (http://www.ipik.edu.my/sgmdoc/kerangka_sgm.html)


Mesyuarat / Taklimat / LDP

* LDP siri 2 – Etika dan Tatatertib

Tarikh : 12 Februari 2011 (Sabtu)

Tempat : SK Pulau Aman

Masa : 7.30 am. – 1.30 pm.

Semua guru dan staf wajib hadir


PELAKSANAAN SISTEM ePENYATA GAJI BULANAN DAN PENDAPATAN TAHUNAN
Dimaklumkan bahawa, selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.3/ 2010, sistem ePenyata Gaji Bulanan akan dilaksanakan mulai gaji bulan November 2010. Mengikut amalan sekarang, penyata gaji bulanan dan tahunan dicetak dan diedarkan oleh pejabat Perakaunan kepada penjawat awam melalui Pusat Tanggungjawab (PTJ). Sistem ePenyata Gaji Bulanan telah dibangunkan untuk membolehkan penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan disampaikan terus kepada pengguna melalui laman web Jabatan Akauntan Negara.Semua warga SMKSN dikehendaki mendaftar di dalam sistem ePenyata Gaji Bulanan Jabatan Akauntan Negara untuk memuat turun penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan kerana Pusat Tanggungjawab tidak lagi membekalkan penyata (Bercetak) berkenaan mulai gaji bulan November 2010.Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran, sila layari laman web Jabatan Akauntan Negara di www.anm.gov.my .
Harap Maklum.

6 Responses to “Info Guru dan Staf”

  1. muliyadi Says:

    pojie.. dah ok dah ni.. hang cuma cari widget2 yg sesuai utk diletakkan bersama2 pautan di sebelah kanan webblog nih..

  2. Abdul Hadi Idris Says:

    Assalamualaikum…

    Tuan Pengetua,

    Tahniah dan syabas di atas usaha murni ini.Semoga usaha ini diberkati Allah dan dimanfaatkan oleh semua pihak.

    2. Pihak PPD telah memasukkan url SMK Seri Nibong dalam senarai sekolah-sekolah yang telah mempunyai blog.

    3. Syabas dan tahniah sekali lagi.

    Wassalam

  3. cg Says:

    salam~
    kpd pihak sekolah tahniah atas kejayaan anda dalam mengendalikan sekolah dgn baik sekali…
    sehingga sekarang SERI NIBONG makin meningkat naik!

    Syabas sekali lagi kpd barisan pentadbir…
    Tuan Pengetua,En.Eshamuddin,Pn sofia and Cg Mahazer..
    serta barisan guru yg kental…
    tidak lupa juga kpd pengendali web ini..

  4. Hamama Jamli Says:

    Assalamualaikum..

    Saya bekas pelajar sekolah seri nibong ni. Wah agak menarik web blog ni. Dari blog ini saya dapat melihat kembali zaman persekolahan saya.

    Jika inginkan perkhidmatan saya untuk penggunaan gif., adobe photoshop dan sebagainya boleh la email kepada saya.
    TQ

  5. Cg Ghazali PPD Selatan Says:

    Assalamualaikum salam sejahtera
    Teruskan usha yang baik ini untuk meningkatan celik IT dan menguruskan maklumat dengan cekap

  6. Norhashim Haji Mahat - PKP SMKSN Says:

    Tahniah diucapkan kepada semua iaitu semua pentadbir, semua guru, semua kakitangan dan semua calon SPM 2010 yang telah menaikkan pencapaian dan prestasi akademik sekolah. Syabas dan teruskan usaha ini.
    1 SMKSN :
    PELAJAR DIDAHULUKAN, KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s