Alhamdulillah…
Tahniah!!

Pasukan Kawad Kaki Puteri Islam telah berjaya menunjukkan bakat dan kerjasama mereka yang cemerlang dan berjaya membawa piala NAIB JOHAN di Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Pertandingan ini telah diadakan pada 30.4.2012 yang lalu di Padang Kawad, Pusat KoKurikulum Bukit Mertajam.

Juga kepada pasukan English Drama sekolah yang telah berjaya menjadi JOHAN peringkat PPD Seberang Perai Selatan. Pertandingan ini telah berlangsung pada 2.5.2012 di SMK Bandar Tasek Mutiara.

Tahniah diatas kerjasama dalam kumpulan , disiplin dan usaha gigih guru penasihat yang membimbing pasukan sekolah.
Syabas dan tahniah diatas kejayaan anda dari semua warga SMK Seri Nibong.
Gandakan usaha anda pada masa hadapan.

Advertisements

Tahniah!!

Bola Baling 15 TKB (Lelaki & Perempuan) MSSPP Daerah Selatan.  JOHAN.
Pertandingan yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 24 dan 25 April 2012 di padang
SMK Tunku Abdul Rahman Nibong Tebal.

Pasukan dalam pertandingan Forum Remaja Daerah Selatan – JOHAN
pada 25 dan 26 April 2012 di dewan sekolah SMK Simpang Ampat.

Alhamdulillah..
TAHNIAH !!!

Pasukan Bolasepak SMK Seri Nibong 15 TKB telah menjuarai dalam pertandingan MSSPP zon SPS menentang pasukan sekolah SMK Saujana Indah yang berlangsung di Stadium Batu Kawan pada jam 3.00 petang 18.4.2012.
Dengan mencatat kemenangan 2-1,  pasukan sekolah telah melayakkan diri untuk mewakili Zon Selatan untuk bertanding ke peringkat negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada 2 hingga 17 Mei 2012.


PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN TAHUN 2012.

Pertandingan ini diadakan pada 14 April 2012 (Sabtu)
Bertempat DI  KEM BATALION 2, PGA – KULIM KEDAH DARUL AMAN.

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BERUNIFORM SEKOLAH YANG TELAH MENGHANTAR PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN INI.
ANTARA MEREKA IALAH  DARI PASUKAN BERUNIFORM :-

1. PUTERI ISLAM – Johan (NGO)
2. KADET POLIS (LELAKI) – Naib Johan (GO)
3. KRS (PEREMPUAN) – Ketiga (KRS)
4. KADET POLIS (PEREMPUAN)
5. PBSM (PEREMPUAN)
6. PBSM (LELAKI)
7. PENGAKAP (LELAKI)

Kejayaan SPM 2011 dicipta lagi…

Lulus dengan cemerlang….
Tahniah untuk semua bekas pelajar SMK Seri Nibong yang baru sahaja menerima keputusan SPM 2011 pada pagi 21/3/2012…
Seramai 32 pelajar yang mendapat  keputusan penuh 6A+ dan 2 pelajar memperolehi keputusan penuh 11A+.
Semoga kejayaan yang diperolehi itu tidak membuatkan kita lupa kepada Allah yang mengizinkan kita berjaya..
Sujud lah kepadaNya sebagai tanda syukur kita padaNya..
Semoga kejayaan terus menjadi milik anda dan semua warga SMK Seri Nibong.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012 (Rabu). Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Sekian, terima kasih.