PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SMK Seri Nibong dengan ini berikrar dan berjanji akan sentiasa mengamalkan budaya cemerlang dalam memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada para pelanggan kami berpandukan perkara-perkara berikut :

1.Mengamalkan budaya ilmu dalam membentuk pelajar bersahsiah terpuji dan berperibadi mulia serta berilmu pergetahuan tinggi.

2.Prihatin dan peka serta bertindak terhadap cadangan dan segala teguran dan diterima secara positif demi kemajuan dan kebaikan semua pihak.

3.Memberi perkhidmatan cemerlang dan bersikap penyayang serta memberi layanan istimewa kepada   semua pelanggan kami.

4.Berpadu tenaga, jiwa dan raga serta penggunaan masa dalam menjana minda dan bekerja secara  muafakat bagi menyemarakkan dan memajukan kualiti pendidikan.

5.Mengawal pendemokrasian pendidikan dengan mendidik dan melayan semua pelajar dengan adil dan saksama.

6.Mewujudkan suasana mesra alam yang peka terhadap iklim sekolah dan keharmonian alam sekitar.